Sahabat.

*SIAPAKAH SAHABAT YANG SELALU MENEGURMU?*

Sahabat sejati itu bukanlah dia yang selalu membenarkan kata-katamu, tetapi dia yang selalu berkata benar kepadamu, walaupun kadangkala perkataan yang benar itu menyinggung perasaanmu.

Sahabat yang sejati itu adalah dia yang ikhlas menasihatimu demi kebaikanmu, bukan dia yang banyak memujimu pada sesuatu yang tidak perlu dipuji.

Sahabat sejati adalah dia yang tidak akan merosakkan hidupmu baik di dunia maupun di akhirat. Dan persahabatan yang paling indah adalah mereka yang menjalinkan persahabatan dengan tali iman. Karena ia akan terus kekal hingga ke Jannah.

Manakala persahabatan yang dibina diatas tujuan nafsu dan kelalaian, maka ia tidak akan bertahan lama. Bahkan di akhirat nanti mereka akan saling bermusuhan.

Sepertimana Firman Allah SWT:

“Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).”
(Az-Zukhruf 43:67)

Moga Bermanfaat

Dosa peribadi.

DOSA PERIBADI DAN PERBAHASANNYA
( SS Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri – Mufti Wilayah Persekutuan )

Sebahagian mendakwa, khalwat dan zina termasuk dalam dosa-dosa peribadi yang hanya melibatkan pelaku maksiat dengan Tuhannya. Justeru, kita tidak boleh masuk campur menjatuhkan hukuman kepada pesalah tersebut. Benarkah dakwaan ini ?

Kita katakan bahawa perbuatan ini secara hakikatnya telah mencemarkan dharuriyyat al-khamsah itu sendiri iaitu menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga maruah, dan menjaga harta.

Hujah yang sering digunakan ialah sebuah athar dari Saidina Umar bin al-Khattab R.anhu yang mendapati ada seseorang yang meminum arak di dalam rumahnya. Kemudian mereka turut mengaitkan sama keadaannya dengan golongan yang berkhalwat dan berzina di dalam rumah-rumah mereka.

Kita katakan, benarkah khalwat dan zina itu termasuk dalam dosa peribadi ?

Menjawab persoalan ini, kita pecahkan kepada beberapa isi penting:

Khalwat hukumnya haram. Ia merupakan wasilah (jalan) ke arah berlakunya zina. Kaedah fikah ada menyebut: Apa-apa yang membawa kepada perkara haram maka ia juga turut haram.

Kedua, berdua-duaan akan menjatuhkan maruah individu yang terlibat dan kedua-kedua keluarga pasangan yang berkhalwat. Nama baik keluarga akan tercemar dengan perbuatan ini.

Membenarkan khalwat berlaku dengan alasan tidak mahu masuk campur dalam dosa peribadi hanyalah menggalakkan percambahan berlakunya kes zina dalam kalangan masyarakat. Ketika berlakunya zina, akan timbul kes pembuangan dan pembunuhan anak yang akan membawa kepada pencerobohan ke atas maqasid Islam iaitu hifz al-nafs (penjagaan nyawa). Bahkan penzinaan juga akan menyebabkan rosaknya maqasid Islam yang ke empat iaitu hifz al-nasl (menjaga keturunan)

Setelah kita jelas berkenaan perkara-perkara di atas, ketahuilah kita bahawa dakwaan khalwat merupakan dosa peribadi adalah tidak tepat. Bahkan ia merupakan dosa yang melibatkan dua pihak bahkan lebih besar apabila melibatkan kerosakan kepada masyarakat. Justeru, menjadi kewajipan bagi penguatkuasa agama untuk mencegah kemungkaran ini.

PERKEMBANGAN IDEOLOGI LIBERALISME

Kami cukup bimbang akan pengaruh liberalisme yang kelihatan semakin menular dalam kalangan rakyat di negara kita. Fahaman ini telah pun dianggap menyeleweng dari fahaman Islam yang sebenar. Antara ciri fahaman ini ialah:

Merelakan nama suci Allah disalahgunakan kepada sembahan bukan Islam.

Menyamaratakan kesemua agama atau kepercayaan. Menyamaratakan agama-agama lain dengan agama Islam dan menafikan ketinggian Islam sebagai Agama Negara (Perkara 3 Fasal 1 Perlembagaan Persekutuan)
Menganggap kesemua agama adalah benar – Pluralisme Agama.

Menganggap perbuatan murtad sebagai hak asasi manusia atau kebebasan dalam beragama.

Membela dan mempertahankan ajaran sesat sebagai hak kebebasan berfikir. Manakala institusi fatwa dianggap sebagai penghalang bagi pemilikan dan pelaksanaan hak tersebut.

Menuntut hak supaya kanak-kanak yang dilahirkan, tidak ditentukan agama mereka sehinggalah mencapai usia 18 tahun.

Memperjuangkan hak kebebasan berfikir sehingga mengetepikan perintah Allah SWT dan ajaran Nabi SAW.

Memperjuangkan hak kebebasan asasi sehingga menuntut penghapusan undang-undang syariah di negeri-negeri dan kewajipan amar makruf nahi mungkar.

Menuntut hak dan kebebasan bagi pengamal orientasi seks LGBT, meskipun jelas cercaan Allah SWT. Sementara undang-undang negara iaitu Kanun Keseksaan yang memperuntukkan perlakuan seks songsang sebagai kesalahan.

Menuntut penghapusan semua bentuk hukuman yang disifatkan sebagai capital punishment, termasuk hukuman mati dan sebat.

Menuntut supaya orang bukan Islam diberikan hak dan peluang untuk menyebarkan agama mereka kepada orang Islam meskipun tuntutan tersebut bercanggah dengan Perkara 11 Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan.

Bertekad menggugat keutuhan akidah dan syariat Islam kononnya mengikut jejak Reformed Jews dan Reformed Christian.

Membela kekufuran dan penyelewengan akidah dalam buku-buku pemikiran semasa. Ini termasuklah buku-buku pendukung pemikiran liberal tersohor dari Indonesia dan negara-negara lain seperti “Allah, Kebebasan dan Cinta” tulisan Irshad Manji. Lihat Agenda DIAN 16.

S.S. Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan – 2015

http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/1823-bayan-linnas-siri-41-g25-dan-isu-khalwat

Assalamualaikum.

*💡ASSALAMUALAIKUM ..SYUKRON PERKONGSIAN ILMU-Nya…Alhamdulillah💡*

*۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ*
*وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞*

*۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ*
*وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞*

*۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد*ٍ
*وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞*
•••♡سبحان الله♡••
•••♡والحمد لله♡••
••♡💖ولاإله إلاالله💖♡••
•••♡💕والله أكبر💕♡•••
ولا حول ولا قوة الا بالله 